Wednesday, July 9, 2008

PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN NEGERI TERENGGANU 2008

KUALA TERENGGANU- tanggal 4 julai 2008 bertempat di taman budaya kuala terengganu telah berlangsung pertandingan sayembara deklamasi puisi kemerdekaan negeri terengganu 2008. tepat jam 10.00 pagi, pertandingan di mulakan dengan peserta pertama, seramai 30 orang peserta dari seluruh pelusuk negeri terengganu yang menyertai pertandingan ini. UiTM dungun telah menghantar 4 orang pelajar.Antaranya ialah Mohd Hafiez Ramlan yang mendeklamasikan puisi LADANG MERDEKA karya NASIR ALI-Zaleha Hassan mendeklamasikan puisi DEKLARASI KEMERDEKAAN karya ONN ABDULLAH-Nor Raihan A. Rani mendeklamasikan puisi GEMURUH LANGIT KITA karya NORHISHAM MUSTAFFA-Siti Farhana Md Riduan mendeklamasikan puisi GEMURUH LANGIT KITA karya NORHISHAM MUSTAFFA.peserta dari UiTM tidak berjaya mendapat tempat untuk ke final...peserta yang layak ke final dan mewakili negeri terengganu ialah juara menanti iaitu johan pertandingan peringkat negeri terengganu pada tahun 2007. johan akan mewakili negeri tganu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 21-23 Ogos 2008 di kuala lumpur.


No comments: